Sunday, January 27, 2013

MENDORONG PELAJAR COROT TEKNIK NABI, BERHASIL #

wah.. lama x ber'blogging'.. so tahun ni sy indahkan blog sy dgn banner baru n rebranding la sikit.. ok x? boleh la kan...?? nak naikkan semangat blogging kan.. lepas ni harap2 boleh la berkongsi lebih banyak pengalaman dan info.. best.. best.. hari ni nak kongsi cerita pasal mendorong pelajar corot gaya rasulullah.. bukak je sekolah 2013.. memang sangat terseksa jiwa raga... kenapa? sebab saya kena ngajar budak2 tahun 6 yang sememangnya terkenal dengan kenakalan, pasif dlm P&P, ada pulak ikut suka hati dia je.. adeh.. macam2 ragam.. kelas ni campuran antara pelajar lemah dan bijak.. perbezaannya sangat ketara.. memang sukar nak handle.. minggu pertama memang saya sakit tekak ngadap pelajar2 ni.. geram.. marah.. urghh.. semua dalam minda menyebabkan aku letih.. "hadapla aku sepanjang tahun" fikirku.. di dalam bilik guru.. saya komplen2.. bincang2 jugak dgn guru2 lain.. mengadu la.. kesian.. pelajar2 ni da nak UPSR.. dalam perbincangan .. seorang guru menyarankan kami menggunakan teknik mendorong pelajar corot gaya rasulullah.. dan dia juga sedang mengaplikasikannya di dalam kelas beliau.. dan hasilnya sangat memberangsangkan.. ceritanya membuatkan saya tertarik.. masuk kelas keesokannya dgn keadaan yang cool dan lebih mesra.. selesai saja kelas.. saya minta mereka hantar buku latihan.. malangnya hanya beberapa org sahaja yg berbuat demikian.. aku ok aje.. so.. disinilah aku gunakan teknik tersebut.. semasa aku menyemak buku mereka.. aku menulis 'nota cinta' gitu.. contohnya... "arief.... jika kamu baca soalan dengan teliti.. tentu kamu dapat jawab soalan ini dengan betul.." atau " ain.. cantik tulisan kamu.. cikgu suka tengok tulisan kamu yang kemas ni" next class.. buku diedarkan kepada pelajar2 tersebut.. mula lah mereka riuh rendah nak tengok apa yg cikgu tulis dalam buku mereka.. keberkesanan atas apa yg saya lakukan menyebabkan semua pelajar menghantar buku bila diminta. dan yg bestnya.. Si Arief tu.. lebih rajin dan hantar buku.. tahun lepas.. memang dialah pelajar paling malas dan nakal.. esoknya.. aku masuk ke kelas.. buku latihan diedarkan.. "cikgu!! kenapa cikgu tak semak pun buku kami" mereka x puas hati saya tak tanda buku mereka.. sebab??? mereka x hantar buku2 tersebut ke meja saya.. "ok.. lain kali.. kalau dah kumpul.. tolonglah cikgu bawa ke tempat cikgu ya.. allah sayang org yang rajin dan saling bantu-membantu" pujian itu membuatkan ramai pulak pelajar berebut2 nak hantar buku.. aku dah x perlu jerit2 dan tak perlu marah2.. sukanya..