Sunday, February 20, 2011

BILA LAMA TAK DENGAR..

dah lamakan kita tak dengar drama sebabak? aku pun dah hampir lupa tentang segmen tu bila dah lama tak dengar ERA pepagi. ya lah.. sejak arwah Din Beramboi dah pergi.. baru-baru ni aku terjah blog gayour the cartoonist tu, aku terjumpak la petikan drama sebabak n banyak lagi kat playlist dia.. so, aku pun amik keputusan untuk letak jugak playlist tu kat blog aku.. 
best... lawak... lucu... menggeletek jiwa.. 
so, try la dengar semula..
hari-hari dengar pun tak jemu...

Thursday, February 17, 2011

*Mak darA 1st Give awAy *

ini adalah contest ke dua ku.. saja nak mencuba nasib.. maklumla budak baru belajar memblog.. sunyi aje blog aku nih!! so, kena la pegi buat ramai kat blog orang... saja la masuk pertandingan realiti blog ni...


|BERIKAN SATU TAJUK DRAMA|

ni dia syarat2 penyertaan kalau korang pon berminat... dapat jugak nama korang glamer!! hehehe...

1. korang ada blog? kalau ada kena la follow bolg Bicara Mak Dara..

2. pastu, reka la satu tajuk drama.

3. letak banner kat atas tu dlm entry dan sidebar korang dan link kan ke BMD.

4. then, tag tiga orang rakan blog anda..

5. dah siap? tinggalkan URL entry anda kat ruang komen tu..

ha! senang kan?

opss.. sebelum aku terlupa.. ini adalah tajuk drama aku..

MAMI NOKIA: CONNECTING PEOPLE

maklumla, entry aku banyak cerita pasal golongan mami-mami... hehehe

|interview OH interview|

dugaan~
semalam: time aku dah nak lelapkan mata aku teringat bahwa kenyataan perkhidmatan aku yg perlu untuk temuduga tu tak disahkan.. waaa.. gabranya... nanti kalau depa soal pasai apa tak sahkan mampos aku.. sehinggalah aku terlena..

pagi tadi:
aku bangun awal pagi.. maklumla.. 7.30pg dah kena ada kat tempat temuduga tu.. siap solat aku pun berdandan dan berwangi-wangian. lepas tu, aku keluar untuk hidupkan enjin kereta. *kereta bapak mertua: kereta aku signal light rosak* start2 tak pulak hidup.. alamak!! bateri kong pulak.. punggah pulak barang-barang masuk ke dalam kereta suamiku. aku tak mo bawak kereta tu sebab kereta besar susah nak menyelit dalam kesesakan nanti. terpaksalah jugak.. dugaan~

di tempat temuduga:
lepas parking aku pun menuju ke kafeteria. sudah ada ramai yang menunggu. Macam mana aku tahu? hmm.. da bawak fail bagai sure kena interview tu.. tunggu la kat situ sambil beramah mesra.. tetiba dengar sorang member ni cakap, wei!! tempat temuduga kat sana la.. sambil tunjuk kat blok sebelah. dah ada orang mendaftar. kalutla kitorang pergi kat situ.

bahan bacaan:
aku pergi semata-mata bawa fail dan apa yang perlu saja. tapi, aku tengok orang lain... BAnyaknya BahaN BacaaN!! sempat lagi membaca. aku? relax ja!! padahal dalam hati ni memang ketaq tahap mafia dah ni. masa diorang dok bincang.. aku dengar ja.. bukan aku tak bersedia langsung, ada jugak la aku baca kat internet bahan-bahan berkaitan dan terkini.

giliran:
apa? aku orang yang terakhir? aduhhh... lagi lama menunggu.. lagi la ketaq!! tunggu~ sempat jugak la bersembang dengan kerani SPP tu.. lawak betul cikgu-cikgu nih!!

interview:
soalan pertama|perkenalkan diri
ke2| kenapa apply temuduga lewat?
ke3| apa faedah ajar sains dan agama - sebab opsyen gabungan?
ke4| kenapa lama sangat pegang jawatan guru data, kenapa orang lain tak boleh ambik alih?
ke4| adakah penggunaan ICT dalam sains berfaedah?
ke5| sekolah anda berada ditahap mana?
ke6| berapa peratus kelulusan sains UPSR di sekolah pada 2009 dan 2010?
ke7| apa target kamu?
ke8| apakah isu semasa dalam pendidikan masa kini?
ke9| Apa kesan SBT terhadap sekolah lain?
ke10| bagaimana jika SBT tidak bekerjasama dgn sekolah lain? layak tak jadi SBT?

itulah antara soalan yang aku ingat Puan penemuduga telah tanya kat aku... semua soalan tu aku 'goreng' ja.. hehehe jadi, selamat dah aku... mintak2 aku diluluskan dan dilantik ke DG41 dengan jayanya!! amin~

alhamdulillah~ syukur kepada Allah kerana dengan kuasa dan kasih sayang Nya aku berjaya berdepan dengan Puan penemuduga pagi tadi..