Monday, February 4, 2013

bisnes!! tercapai jugak impian 2011 nun..

dulu.. penah berimpian nak buat bisnes.. ha.. tahun ni dapat buat bisnes weh.. bisnes online jer.. sronok gak.. pengalaman berbeza daripada biasa yang selalunya melalui rutin yang sama setiap hari... facebook jugak menjadi lebih bermakna.. masyukk la katakan.. hahaha.. bisnes apa? ahaks.. akak jual jamu dek... x la se glamer jual tudung dan jual kain atau jual perfume.. biasa2 je.. itupun da ada relatives yang hampehkan aku.. konon x dak standard la org jual jamu ni.. cari la benda lain.. ermm.. korang pun sure terpikir.. wat pe la aku jual jamu kan??? ye.. jamu tu da pulihkan kesihaatan dalaman aku.. so.. aku nak share.. samping tu.. boleh gak aku tambah2 duit poket.. sikit2 pon jadi la... kot2 korang teringin nak try produk ni.. meh la..
TADAAA... RANGKAIAN JAMU SUSUK DARA!!

Sunday, January 27, 2013

MENDORONG PELAJAR COROT TEKNIK NABI, BERHASIL #

wah.. lama x ber'blogging'.. so tahun ni sy indahkan blog sy dgn banner baru n rebranding la sikit.. ok x? boleh la kan...?? nak naikkan semangat blogging kan.. lepas ni harap2 boleh la berkongsi lebih banyak pengalaman dan info.. best.. best.. hari ni nak kongsi cerita pasal mendorong pelajar corot gaya rasulullah.. bukak je sekolah 2013.. memang sangat terseksa jiwa raga... kenapa? sebab saya kena ngajar budak2 tahun 6 yang sememangnya terkenal dengan kenakalan, pasif dlm P&P, ada pulak ikut suka hati dia je.. adeh.. macam2 ragam.. kelas ni campuran antara pelajar lemah dan bijak.. perbezaannya sangat ketara.. memang sukar nak handle.. minggu pertama memang saya sakit tekak ngadap pelajar2 ni.. geram.. marah.. urghh.. semua dalam minda menyebabkan aku letih.. "hadapla aku sepanjang tahun" fikirku.. di dalam bilik guru.. saya komplen2.. bincang2 jugak dgn guru2 lain.. mengadu la.. kesian.. pelajar2 ni da nak UPSR.. dalam perbincangan .. seorang guru menyarankan kami menggunakan teknik mendorong pelajar corot gaya rasulullah.. dan dia juga sedang mengaplikasikannya di dalam kelas beliau.. dan hasilnya sangat memberangsangkan.. ceritanya membuatkan saya tertarik.. masuk kelas keesokannya dgn keadaan yang cool dan lebih mesra.. selesai saja kelas.. saya minta mereka hantar buku latihan.. malangnya hanya beberapa org sahaja yg berbuat demikian.. aku ok aje.. so.. disinilah aku gunakan teknik tersebut.. semasa aku menyemak buku mereka.. aku menulis 'nota cinta' gitu.. contohnya... "arief.... jika kamu baca soalan dengan teliti.. tentu kamu dapat jawab soalan ini dengan betul.." atau " ain.. cantik tulisan kamu.. cikgu suka tengok tulisan kamu yang kemas ni" next class.. buku diedarkan kepada pelajar2 tersebut.. mula lah mereka riuh rendah nak tengok apa yg cikgu tulis dalam buku mereka.. keberkesanan atas apa yg saya lakukan menyebabkan semua pelajar menghantar buku bila diminta. dan yg bestnya.. Si Arief tu.. lebih rajin dan hantar buku.. tahun lepas.. memang dialah pelajar paling malas dan nakal.. esoknya.. aku masuk ke kelas.. buku latihan diedarkan.. "cikgu!! kenapa cikgu tak semak pun buku kami" mereka x puas hati saya tak tanda buku mereka.. sebab??? mereka x hantar buku2 tersebut ke meja saya.. "ok.. lain kali.. kalau dah kumpul.. tolonglah cikgu bawa ke tempat cikgu ya.. allah sayang org yang rajin dan saling bantu-membantu" pujian itu membuatkan ramai pulak pelajar berebut2 nak hantar buku.. aku dah x perlu jerit2 dan tak perlu marah2.. sukanya..

Saturday, March 31, 2012

ulangtahun perkahwinan ke 10..

da lama tak 'berblogging'.. kebetulan pulak hari ni hari ulang tahun perkahwinan ku dan suami yang ke-10. tulis lah sikit..
kali ni, tak de yang menarik sangat.. sebab da kecewa x leh pegi bercuti ke bandung hari ni.. actually kitorang plan da lama.. alih2 disebabkan oleh si kecik tu, kami cancel je.. hati yang beriya2 nak pegi oversea da tersentap!! aku pun nak tgk jugak apa surprise Mr. Hubby bagi kat aku.. hmm.. harap jugak.. coz dia bukanlah orang yang romantik.. tapi.. kitorang wish time celik mata pagi tadi.. so sweet.. time tu, suara pun dengar x dengar je..

satu sebab lagi.. Mr. Hubby keja hari ni.. so, x dapat la aku nak ajak pegi candle light dinner pun.. frust tak.. frust sangat!!

however, aku sangat bertuah memiliki seorang suami yang seperti dia.. sangat caring.. sangat ambitious.. sangat loving... sangat funny..

tapi, rumah tangga mana yang tak pernah diuji.. yang manis pun akan kelat jika x saling memahami. alhamdulillah, kami berjaya harungi.. masing-masing kena bijak tangani masalah.. kadang2 masalah datang dari diri sendiri.. kadang2 dari suami, dan kadang2 dari mana-mana.. manusia ada mulut nak kata.. macam2 lah!!

aku terbaca satu tulisan dari seorang ustaz.. sangat bermotivasi untuk aku hadapi gelora... ya lah.. perlu juga ubat jiwa dan rohani agar lebih bersih dan kemanisanya dapat berkekalan.. berulang kali pun aku x pernah jemu membacanya..
so, aku kongsi lah kat sini..


Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluargaNamun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

TULISAN INI DIPETIK DARIPADA: USTAZ PAHROL MOHD JUOI

Tuesday, January 3, 2012

tok.. pergi tak kembali... #

banyak kenangan yg telekat dmemoriku tentang tok. Masih tertanam d otak kecilku ini waktu aku masih tadika.. Pagi masih dingin, mak kena pergi kerja.. Aku sepatutnya kena sekolah, mak kata.. Tolong jaga adik.. X payah p skolah. Aku duduk sebelah adik yg baru habis pantang, dalam kelambu x ke mana2. Rupanya, hari itu, tok lewat datang ke rumah.. Tok tkejut tgk kreta mak dah x dak. Bergegas dia naik kerumah. Hembus nafasnya, ku tahu tok lega. Tok lah yg jaga kami. Ingat lagi, aku selalu berebut sudu besi (sudu cendol) dgn abg. Tok yg menangkan aku. Tp sudu tu x lama dgnku, jatuh dlm toilet bowl. Tok juga pernah bela aku sewaktu aku terlastik kepala anak jiran sebelah, benjol dahi dia.. Nasib baik tok ada. Time makan pula aku selalu menjamah masakan tok. Kalau tok x dak, tentu kami kelaparan. Mak kerja sampai ptg. Disebalik kasih sayangnya, tok seorang yg garang. Ya lah, nak jaga lebih 10 cucu.. Macam2 ragam. aku pun biasa kena sebat dengan tok.. tok akan capai ja ranting2 pokok kat sekitar rumah, buat rotan. kalau tok naik angin, satu kampung tok ligan kami. masa tu tok kuat. Kenangan zaman kanak2 dgn tok memang banyak..bila aku melanjutkan pelajaran, aku sudah jarang melawat tok. Sibuk. Study. Tok gembira semua cucunya berjaya. Selepas aku kahwin, tok lah org pertama yg datang menziarah kami. Tok dtg dgn mak long dan sepupuku. Tiap kali kami balik kampong, tok pasti masak gulai nangka. Cucu menantu suka. Favourite suamiku. lepas ni, x da lagi gulai nangka, x da lagi tok nak simpan mempelam kat aku.. x da lagi orang nak cerita pasal mak ngan abah kat aku.. biasanya, Bila kami sampai tok pastikan x da kucing dlm rumah, suamiku alahan kucing. Cicit2 pulak dilayan.. Walaupun x larat.. Tok gagah. Ya, tok mengajar erti ketabahan.. Tok wanita yg tabah dan kuat semangat.. Tok lahir pd tahun 1932 melewati waktu perang jepun dulu. Betapa susah dan sengsara.tok selalu cerita kisah zaman jepun masa aku kecik2 dulu..takutnya.. kena makan ubi kayu ja..? Perkahwinan tok juga x kekal. seingat aku, waktu aku tadika tok dah duduk dengan anak2. Tentu tok lebih memendam rasa.. tok wan kahwin dengan orang lain. Tok terpaksa membela 4 orang anak. Setelah itu, tok menjaga cucu2 yg aktif dan cergas, banyak kerenah. Ada yang kuat menangis, ada yang kaki melawan, macam2. Tok sabar. Bila aku bergelar ibu, aku sedar.. Bukan senang nak jaga walau seorang anak inikan pula 10. Makan, berak, pakai, rumah, semua tok uruskan.. Penat. Namun, tok buat juga. Sehinggalah tok meningkat tua.. Tok mula sakit. Tok tahan. setiap kali raya, kami balik tengok tok. tok apa khabar? umph! x larat la.. ni sakit ni.. nak kencing pun x boleh... sakit.. tok mengadu. sakit macam tu pun, tok X mau ke hospital. bertahun juga tok menderita. Akhirnya, bln12.2011 tok dimasukkan ke wad. Aku sempat melawat tok. X tahan tgk tok menggelupur menahan sakit. Rupanya, tok disahkan mengalami kerosakan organ2 dalaman. lebih kurang seminggu tok dsana. Tok nak balik. Rumah lebih selesa. Tok menghembuskan nafas terakhirnya drumah. Sewaktu aku trima panggilan tok dah nazak. Tok pergi tanpa sempat aku jumpa. Aku dkuala lumpur. Tok.. Stiba drumah pak ngah, aku sedekahkan al fatihah dan yassin buat tok. Sebak.. Air mata x dpt ku tahan, mengalir membasahi pipi. Maaf tok kerna menangisi pemergian tok.. Hadiah terakhirku semasa hayatnya.. Adalah telekong solat. Agaknya, tlekong itu lah yg membalut tubuh tok sebelum tok dikafankan. Tubuh kaku itu, ku cium buat kali terakhir. Sejuk. Tok pergi x kembali. Jasad tok selamat dkebumi. Doa dbaca. Semoga tok dtempatkan brsama org2 briman. Amin.. buat pak ngah, mak ngah, mak long, mak, abah yang jaga tok.. berpenat lelah berhabis wang ringgit, jutaan terima kasih kuucapkan.. hanya allah akan menghitung ganjaran untuk kalian.. tak lupa buat jiran2 tok.. tok x sunyi adanya kawan-kawan bercerita.. sekalung doa untuk semua yang kenali tok.. moga doa kalian untuk tok dimakbulkan ilahi... aminn..

Tuesday, December 27, 2011

# to be....

secara peribadi, prestasi aku tahun ni agak merosot..
mungkin sebab aku tak terlibat dalam banyak benda2 major..
aku rasa kerja terlalu ringan, tak pening sangat.. but alhamdulillah la kan..

tapi, disebaliknya, aku berjaya tigkatkan prestasi budak2 tahun 6 yang sorang je lulus
daripada 18 orang. result UPSR menunjukkan peratus kelulusan bagi kelas aku meningkat.

so, next yer, aku diarahkan utk mengajar lagi kelas peperiksaan..
kelas no.1 pulak.. cabarannya memang lain daripada mengajar budak2 lemah..
apa pun, usaha dan doa sentiasa mengiringi perjalanan itu..

so, tahun depan, aku nak jadi lebih baik dari tahun ini..
: keja kena ontime..
: lebih teratur/managable
: sabar..

hope so... nak jadi star in school.. hahaha
semangat!!

Tuesday, December 20, 2011

transformation~

aku suka sangat bila bukak facebook sekarang... wardina saffiyah (host malaysia hari ini-MHI) make me wonder how she transform into a character so well.. she was strong and able to withstand the world that is contrary to islam. what prompted her to changed? how her heart was so steadfast in islam? status dalam facebook beliau banyak mengutarakan isu-isu islamic.. banyak mengingatkan.. banyak info.. walaupun hanya dengan beberapa perkataan..

so inspired..
macam heran pulak.. artis jugak yang menjadi ikutan.. kenapa tidak peduli pada ustazah bahiyah ka, atau ustaz harun din ka... mengapa mesti wardina? hmmm.. sebab dia boleh berubah.. tetap dan teguh.. kita nampak perubahan itu..
aku? masih mencari.. mungkin aku perlu sesuatu untuk perubahan itu.. aku masih belum kuat iman... banyak yang aku baca.. tapi kenapa tak berkesan?hmm...

Monday, December 12, 2011

part 6 #mamak: wedding~

hmm.. ini adalah kesinambungan kisah dari entry mamak part 4:
yg itu adalah cerita majlis pertunangan yang gilang gemilang...
dan ini pula cerita majlis perkahwinan yang meriah jugak la...
aku cuma nak kongsi gambar ni je...
kalau ikut style mamak... most of them memilih gaun dan kot sebagai pakaian di hari persandingan mereka.. nak tahu kenapa? biasanya mereka mengadakan kenduri di dewan.. sso, memang kena dan cantik sangat la bila pakai pakaian sebegitu, kan.. takkan nak pakai gaun kat rumah pulak..?
so, inilah dafi yang aku sebut2 tu.. heheh...

Monday, December 5, 2011

the most beautiful teacher's desk#

kau giler..? kalau le aku decorate ke renovate ke.. working table aku tu.. sure kena perli tak abih ayaq liuq!! tapi.. kena jugak ceriakan meja aku tu.. baru bersemangat waja nak kerja.. aku punya tempat tak berapa strategik.. so, aku dah pun ubah kedudukan menghala ke cermin tingkap.. sebelum ni, asik dok beelaga pungkoq ngan orang ja.. payah nak lau lalang.. lepas ni, insyaalllah... semua ber'jalan' dengan lancar.. hahaha

untuk 2012.. aku mungkin akan hias table aku... kau boleh ker..?? ada sekolah siap buat pertandingan meja guru paling cantik dan kemas.. kat sekolah aku.. tak de la sampai buat pertandingan.. pernah jugak aku sarankan pertandingan ni.. time hari guru.. ini jawapannya.."tak pa la.. hang nak meja hang cantik.. hang hias la sorang-sorang.. kami x mau join.. x pa.. kami bagi hadiah tu kat hang.." macam mana? adeh... at last.. aku pon tak hias la meja tu.. buruk je rupa..

contoh aku bagi macam ni.. ada bran?


Saturday, December 3, 2011

child care centre...

it's a place for hussaini to stay one whole day next year. i think it's great if he start in the TASKA that dayanna's stay before.. TASKA GRADUAN KECIL... they separated every children according to their ages. so, Hussaini will mingle with children of his age. i don't really afraid if i lift him there.. he is mingling with anyone without shame or fear... yes! that's Hussaini...

i dont know much about others TASKA, KINDERGARTEN, or else... i prefer GRADUAN KECIL coz i knew them for about 4 years.. should i go and review other ChILD CARE CENTREs?
there are no child care centers here in my place.. or even at my work place.. in between, yes.. a lots!! if i send him to Chinese kindergarten.. i'm worried about the foods.. but they are really gud.. i want to send him to smart reader also.. but they finished at 12 pm.. how can i fetch him while i was working?..

next week is his starting school day.. hope he will enjoy his first ever learning in school.. and i hope, i choose an appropriate TASKA for him.. great!!

Monday, October 10, 2011

part 5 #mamak: adorable engagement day~

this is one more engagement party that happened in my in laws family..
what can i say is the event was very lively!! the theme was indian style. they were dressed like hindustani style. these are some pic i 'load from ponu's album...









dan.. lagu dalam kuch kuch hota hai... diorang putar masa tunangan lelaki tu nak masuk rumah... sama macam dlm lagu ni, siap baling2 bunga lagi...

Friday, August 5, 2011

puasa oh puasa~

ramadahan menjelang lagi..
semua umat islam da pun 5 hari berpuasa..
tahun ni minnie da darjah dua..
maknanya.. dia harus diajar berpuasa..
hari pertama puasa kitorang bercuti..
malangnya, aku tak sempat nak kejutkan minnie bersahur..
aku pun sempat minum soya je segelas..
so, aku tak paksa dia untuk berpuasa..
esoknya.. dia berpuasa sampai kol 4.30 ptg je..
dah tak tahan.. lapar sangat.. tengok dia pun lemah sangat..
so, aku excuse kan dia..
hari ke tiga, lagi sekali aku tak kejutkan dia.. aku pun tak bersahur..
so, tak jadi lagi dia berpuasa..
hari ke empat.. dia berbuka kat rumah tok dia.. dia bg tau dia tak posa...
alahai.. skali lagi dia tak posa..
hari ni.. masuk hari ke lima..
menangis.. nak berbuka... time tu pukul 2.30 ptg..
aku pon tak sampai hati tengok dia..
buka je lah...
dengan soya segelas aku hantar dia g kelas kafa..
hmm.. bila kau nak posa wahai anak ku?!!
try la posa penuh sehari...
macam2 aku nak hadiahkan kalau dapat puasa penuh..
tapi, main dgn lapar tahap gaban.. da tak layan nye umpan aku..

Sunday, June 12, 2011

da layak bergelar make up artist...



wa... title mcm gempak jer..
well, aku da selamat menghadiri kursus make up pengantin pada 5 june yang lepas.
sangat best!! sangat happening!! sangat praktikal!! cikgu dia pun muda remaja lagi.. orang penang.. apa lagi.. dok speaking penang la kami semua.. hahaha... so, tak la kekok sangat masa belajar tu.. org kata tak skema la..

aku kira da lulus utk bergelar make up artist dah.. cuma sijil je blom terima.. pas neh boleh la wat freelance skit2... practice skit lagi.. perfect la tu.. kat muka sendiri macam pro la.. kat muka org.. cuak gak dik..



tekun jer...




geng mak andam baru.. hehehe

Tuesday, May 24, 2011

izin ke tak?

tolonglah... wahai sang suami...
kalau izinkan... cakap YES
kalau tak bagi.. say NO
jangan cakap IKUT SUKA
atau SUKA HATI LAH
atau LU FIKIR LA SENIRIK..

apa maksudnya kalau beri kata dua yang membuatkan
pilihan terletak ditangan kita?
lepas tu, dok cakap kita tak ikut cakap awak..
mengelirukan!!
apabila keputusan dah bulat dan ianya melibatkan orang lain..
membuatkan aku bertambah pening..
izin ke tak izin?
kalau aku tanya lagi sekali..
sure tak diizinkan... 100% negative!
atau aku teruskan saja niat ku..

tapi..wahai sang suami..
jika dah keputusan di buat..
jgn jadikan ketidaksukaan itu sebagai alasan
untuk tidak membantu perkara lain..
itu membuatkan aku serba salah...
hadess!!

Sunday, May 22, 2011

make up for money

sebut je pasal cantik semua perempuan mesti nak cantik.. n bila nak cantik mesti nak touch up skit muka tu kan.. at least letak bedak.. dan kalau yang lebihnya mesti la make up.. make up tak semestinya tebal macam artis kat atas pentas atau pengantin yang tengah bersanding.. simple n light pun nampak cantik kalau kena gayanya..

aku pulak sekarang ni memang gila nak blajar make up pulak.. macam2 pulak minat aku ni. sememangnya macam2 aku nak buat, tapi tu lah.. modal kurang.. semua tertangguh.. nak pulak kena la ada support dari suami.. kalau dia tak izinkan.. apa la aku boleh buat, kan?

back to my story, aku memang tengah mencari kelas make up personal atau pengantin.. aku ke DAYANG spa, tanya pasal ni.. wah.. harga tok sah cakap la.. mahal nyew..aku tak berputus asa.. aku bukak laptop n terus mencari. sedang elok dok search kat internet.. AKU DAH JUMPA!! dekat pulak dengan rumah aku.. rate harga boleh dikatakan ok la.. tak mahal tak murah.. dah brapa kali ntah aku dok buka webpage dia.. nak isi borang tapi aku blom dapat approval hubby lagi.. huuhuhu
ermm... hubby pulak bz dua tiga hari ni sampai tak sempat bersua muka pun.. ala... abang ni pun... mintak2 la dia approve.. benarkanlah aku pegi.. aku minat gila..
kalau lah aku boleh pegi.. strategi seterusnya akan aku laksanakan.. harap2 boleh!! bukan apa.. hubby slalu tak menyokong kalau benda yang aku nak wat tak mendatangkan faedah.. nak2 bila kena keluar modal..
dari firasat aku.. macam boleh jer.. herm.. boleh la! boleh la! masa pun da kesuntukan ni.. takut entry tutup pulak.. kelas tu cuma nak 6 orang je satu group.
pastu nak kena oder set brushes.. eyeshadow palette.. wah.. macam make up artis pulak..
memang aku nak la!!

Thursday, May 19, 2011

cukupkah?

bila hari telah berpenghujung...
fikir hati menghitung..
apa yang telah aku mengusung..
saban detik buat dititip atau hanya kosong..
penuh dengan isi yang membusung..
dosa atau pahala..

bila dikenang dan diingat..
yang dititis peluh keringat..
apakah diterima sebagai pingat..
buat penambah amal sebagai umat..
agar terhindar dari panas yang amat..

selalu terdetik dihati..
cukupkah? puaskah? sudahkah sediakan diri?
takut.. mana nak lari?
seribu batu pun, mesti kubur digali..
dibaca ayat buat pesan terakhir kali..
sanggupkah berdepan sedang belum cukup amal bakti..

pejam mata sekejap..
renung dari hati..
cepat kembali ke jalan..
jangan alpa dengan kurniaan..
syukur dan ingat pada Ilahi
kekasih sejati walau masih bernafas
atau nyawa terpisah jasad..
ketar jantung yang berdenyut
bila dengar kalimah suci..
alhamdulillah.. aku masih disini..
mencari sekelumit cinta buat diri..
agar tak gentar menanti hari..

Sunday, May 8, 2011

model of the year # dior

hehehe... perasan model.. tapi kalau jadik pun ok haper? kan? kan? hehehe

seperti yang aku plan.. alhamdulillah aku akhirnya dapat juga pergi buat make over kat kiosk dior petang tadi.. bukan apa.. aku dah kelewatan hampir satu jam dari waktu pertemuan yang sebenarnya aku janjikan. nasib baik ada lagi kekosongan.. jadi, terpaksalah aku tunggu 1 1/2 jam.. *sanggup*

aku tak brapa puas hati sangat pasal dia letak kaler yang aku tak brapa suka sangat. aku impikan dia letak kaler pinky winky ker.. purple ke.. tak pun natural kaler.. aleh2 dia letak coklat agak2 nak hitam dah.. huhuhu... ni la padahnya bila janji tak ditepati.. patutnya aku adalah orang terawal.. so, sure diorang akan lebih detail n make me more gorgeous!!

part yang best photoshoot...
memang best giler.. rasa memang macam model.. dan photographer tu plak tak susah pun nak direct aku *eceh2* natural da berbakat... hehehe.. hasilnya memang menawan..

*pengalaman yang menarik dan tertarik*

Friday, May 6, 2011

miss dior cherry



dah hampir dua bulan aku terputus bekalan perfume berjenama... hmm rasa confident tu turun walaupun jenama wangian lain yang banyak dipasaran sebagai ganti. akhirnya, aku kembali mendapatkan perfume pilihan.. kali ini aku memilih MISS DIOR CHEERY. bau yang sweet.. sedap nyer.. aku sebenarnya teringin nak cuba dior hypnotic poison.. malangnya dalam supermaket dah tak dijual.. kata salesgirl tu.. wangian itu hanya dijual di airport jer.. huhuhu...

aku memang suka bertukar-tukar bau wangian. sebelum ini aku pernah mencuba jenama estee lauder, chanel,dior jadore, ect..
so, untuk tahun ni aku tukar lagi bauan ku..

ok! dah beli perfume, dapat pula voucher rm70... aku top up 20 hinggit dapat la satu lipstick DIOR.. pastu dapat free jugak satu lipstick... dan dapat make over.. make up and hair do and.. photo 2 size.. aku akan buat make over tu ahad ni insyaallah.. hehehe.. teruja!! macam model dior la pulak...

Friday, April 29, 2011

the royal wedding#

wow!! meriahnya hari perkahwinan diRaja Putera william pada 29 april 2011..





boleh kata macam the princess and the frog.. boleh ker? sebab.. putera raja berkahwin dengan orang kebanyakan.. rasanya, bukan senang orang biasa nak menjalani kehidupan diraja yang terkemuka di dunia.. kalaulah anda mendapat peluang itu? dapat kawen anak raja?!! hahaha.. sekurang-kurangnya, adik perempuan anda juga terkena tempiasnya.. macam pipper.. adik princess kate..




apa pun, pilihan prince will memang cantik.. bentuk badan menarik, muka pun cute jer.. sesuai sangat la..

p/s: suka tengok wedding dress dia yg cantik tu.. di samping dok usha2 juga fesyen2 diraja.. kot2 la boleh design semula buat bergaya.. hehehe

Friday, April 15, 2011

#mtb madness#

This is the story of the cycling addict, began when he was just jokes to buy MTB that are hot now. Woops!! his friend had bought the bike!! he also want to buy it. he asked for my opinion. i said " Do u seriously want to pedal?" He persuaded me until i give him permission. then he bought this bike~



he hasn't had the opportunity to pedal, his friend requested to buy it. incidentally, he went to Padang Besar and found bikes sold there are much cheaper than here. he bought another bike...


again... there is a neighbor who admire after seeing this new bikes. This bike also was sold!
hish!! gila kayuh ke gila biznes? And this is the last.. hopefully!!







*tak sampai 1 bulan... da beli 3 beskal n jual 2 beskal!*
He is my lovely hubby..

Thursday, April 7, 2011

gain weight can b as hard as lose weight

i've been naturally skinny for as long as i can remember.
very sad when there are people who laugh at me and taunting about my body shape.
First, i was very offended by those byword, especially family members.
i hate being skinny!!
sometime i just wanna cry when i heard "look, she's so skinny..!" or "why u look so skinny?"
it make my confident level go way down. how dare!! OMG!!
apart from that, i dont fit into a lot of clothes. a lot of things just dont look right on me. it's no fun!! everything is limited. even XS size also didnt properly fit on me! urghh! i think all this factors are slowly turning me into the kind of beauty obsessed mirror. it kinda make me wanda how "lucky" if i can be like aishwarya rai *ngee* not to skinny and not to plumpy.. just nice.. *dreaming!!*

can i get that figure? uhhh... i did lots of research about how to gain weight... and many of it tell this:
1- eat : more calorie 6 time a day.. dont skip meals..
2- water : drinks lots of milk..
3- weight lifting : to build muscle
4- supplement : to increase calorie n restore energy

"supplement"... i've tried many times but did not succeed. very sad.. i tried many products and spent a lot of money but still does not work.

how!!!??? help me!!!