Thursday, February 17, 2011

|interview OH interview|

dugaan~
semalam: time aku dah nak lelapkan mata aku teringat bahwa kenyataan perkhidmatan aku yg perlu untuk temuduga tu tak disahkan.. waaa.. gabranya... nanti kalau depa soal pasai apa tak sahkan mampos aku.. sehinggalah aku terlena..

pagi tadi:
aku bangun awal pagi.. maklumla.. 7.30pg dah kena ada kat tempat temuduga tu.. siap solat aku pun berdandan dan berwangi-wangian. lepas tu, aku keluar untuk hidupkan enjin kereta. *kereta bapak mertua: kereta aku signal light rosak* start2 tak pulak hidup.. alamak!! bateri kong pulak.. punggah pulak barang-barang masuk ke dalam kereta suamiku. aku tak mo bawak kereta tu sebab kereta besar susah nak menyelit dalam kesesakan nanti. terpaksalah jugak.. dugaan~

di tempat temuduga:
lepas parking aku pun menuju ke kafeteria. sudah ada ramai yang menunggu. Macam mana aku tahu? hmm.. da bawak fail bagai sure kena interview tu.. tunggu la kat situ sambil beramah mesra.. tetiba dengar sorang member ni cakap, wei!! tempat temuduga kat sana la.. sambil tunjuk kat blok sebelah. dah ada orang mendaftar. kalutla kitorang pergi kat situ.

bahan bacaan:
aku pergi semata-mata bawa fail dan apa yang perlu saja. tapi, aku tengok orang lain... BAnyaknya BahaN BacaaN!! sempat lagi membaca. aku? relax ja!! padahal dalam hati ni memang ketaq tahap mafia dah ni. masa diorang dok bincang.. aku dengar ja.. bukan aku tak bersedia langsung, ada jugak la aku baca kat internet bahan-bahan berkaitan dan terkini.

giliran:
apa? aku orang yang terakhir? aduhhh... lagi lama menunggu.. lagi la ketaq!! tunggu~ sempat jugak la bersembang dengan kerani SPP tu.. lawak betul cikgu-cikgu nih!!

interview:
soalan pertama|perkenalkan diri
ke2| kenapa apply temuduga lewat?
ke3| apa faedah ajar sains dan agama - sebab opsyen gabungan?
ke4| kenapa lama sangat pegang jawatan guru data, kenapa orang lain tak boleh ambik alih?
ke4| adakah penggunaan ICT dalam sains berfaedah?
ke5| sekolah anda berada ditahap mana?
ke6| berapa peratus kelulusan sains UPSR di sekolah pada 2009 dan 2010?
ke7| apa target kamu?
ke8| apakah isu semasa dalam pendidikan masa kini?
ke9| Apa kesan SBT terhadap sekolah lain?
ke10| bagaimana jika SBT tidak bekerjasama dgn sekolah lain? layak tak jadi SBT?

itulah antara soalan yang aku ingat Puan penemuduga telah tanya kat aku... semua soalan tu aku 'goreng' ja.. hehehe jadi, selamat dah aku... mintak2 aku diluluskan dan dilantik ke DG41 dengan jayanya!! amin~

alhamdulillah~ syukur kepada Allah kerana dengan kuasa dan kasih sayang Nya aku berjaya berdepan dengan Puan penemuduga pagi tadi..

No comments:

Post a Comment